Negara Ketandusan Akauntan Bertauliah

Akauntan Bertauliah

BESUT — Negara memerlukan ramai akauntan bertauliah bagi membantu merangsang pertumbuhan ekonomi dalam negara secara lebih teratur, kata Naib Presiden Institut Akauntan Malaysia (IAM), Abdul Rahim Abdul Hamid.

Katanya, buat masa ini negara mempunyai kira-kira 30,000 akauntan namun hanya sekitar 7,000 yang melakukan kegiatan akauntan secara bertauliah membabitkan kerja-kerja auditan.

“Jumlah ini masih kecil berbanding dengan keperluan negara seperti Malaysia yang sedang meningkat maju dalam bidang kewangan sekarang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Pelajar-pelajar Akauntan 2012, di sini hari ini.

Katanya, keadaan itu berlaku apabila hampir 65 peratus penuntut yang menamatkan pengajian dalam bidang tersebut bergiat dalam bidang lain termasuk kerja makan gaji.—BERNAMA

Gaji Lumayan Akauntan Bertauliah

Gaji lumayan akauntan bertauliah
Sebahagian daripada pelajar perakaunan 14 universiti yang mengambil bahagian.
Sebahagian daripada pelajar perakaunan 14 universiti yang mengambil bahagian.

BESUT- Kerjaya sebagai akauntan bertauliah boleh menjanjikan masa depan cerah kerana bakal memperoleh pendapatan tinggi mengatasi kerjas lain.

Naib Presiden Institut Perakaunan Malaysia (MIA), Abdul Rahim Abdul Hamid berkata, dalam kalangan Ketua Pegawai Eksekutif atau akauntan bertauliah di negara ini sekarang, ada yang berpendapatan mencecah sehingga RM5 juta setahun atau RM500,000 sebulan.

Menurutnya, lebih ramai yang menerima pendapatan atau gaji bulanan sekitar RM100,000 sebulan dan ada di kalangan mereka dari golongan Bumiputera.

Bagaimanapun kata beliau, bilangan orang Melayu yang mengambil jurusan perakuan dan menjadi akauntan bertauliah masih rendah berbanding kaum lain.

“Kita ada seramai kira-kira 30,000 orang akauntan, tetapi daripada jumlah itu tidak sampai 7,000 akauntan Melayu yang bertauliah atau meneruskan kerjaya dalam bidang perakaunan, sedangkan bidang ini mempunyai masa depan cerah,” katanya.
sumber :
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Pelajar Akaun anjuran MIA yang dikendalikan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Bukit Keluang Beach Resort di sini.

Persidangan membabitkan hampir 300 penuntut perakaunan dari 14 institusi pengajian tinggi awam dan swasta dirasmikan Timbalan Naib Canselor UMT, Prof Dr Yahya Ibrahim mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Abdul Rahim berkata, penyertaan kaum lelaki dalam bidang ini juga jauh lebih rendah berbanding wanita, iaitu nisbah 60 peratus wanita dan 40 peratus lelaki, sedangkan kerjaya sebagai seorang akauntan menuntut pengorbanan masa yang lebih.

“Sebab itu ramai lulusan perakaunan tidak memilih bidang ini sebagai kerjaya mereka, sebaliknya memilih pekerjaan lain di sektor swasta atau kerajaan selain ada yang bekerja dalam bidang ini separuh jalan,” katanya.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/gaji-lumayan-akauntan-bertauliah-1.102859

BUKU KERJAYA DALAM BIDANG PERAKAUNAN

  1. RM 17.00

    Harga Sabah/Sarawak: RM 20.00

    Beli di kedai buku atau kedai hyper rangkaian terpilih

  2. Beli OnlinePenghantaran percuma untuk belian RM 25 ke atasISBN-13:
    ISBN-10: 983-3376-11-8
    Tarikh Terbit: 14 Feb 2006
    Jumlah Muka Surat : 200Kategori: Bisnes & Pengurusan, Kerjaya, Pendidikan, Kaunseling, Pendidikan KerjayaPenerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

    sumber :  http://pts.com.my/index.php/buku/kerjaya_dalam_bidang_perakaunan/

PELAJAR JURUSAN PERAKAUNAN…DI MANA KEKUATAN ANDA?

 PELAJAR JURUSAN PERAKAUNAN…DI MANA KEKUATAN ANDA?

salam semua..dah sekian lama xupdate blog ni..dalam tempoh transisi ni banyak ranjau dan duka di lalui dalam mengejar diri sebagai seorang peniaga dan akauntan..syukur alhamdulillah semua nya berjalan dengan seperti yang di rancangkan…yang pasti allah lah yang merancang untuk saya dalam menguruskan firma perakaunan.

Dalam blog kali ni..saya tergerak hati nak berkongsi dengan para pensyarah, cikgu dan pendidik secara am nya dan pelajar khususnya.

istilah pelajar jurusan perakaunan sememangnya sinonim dengan pelajar yang cekap dalam mengira, cermin mata tebal dan macam-macam lagi tanggapan seperti suka berkira baik dalam hidup atau pembelajaran.

tetapi yang nak di ketengah kan di sini adalah masa depan anda semua sebagai pelajar di bidang ini. Maaflah jika  saya berkata keterlaluan jika mengganggap pelajar islam masih belum cukup kuat atau tahan banting.

di mana silap nya di sini?adakah kerana sifat manja masih tertanam dalam diri?apakah manja itu?bantuan yang  di salurkan mengikut kuota?atau anda punya tanggapan sendiri.

saya sebagai rakan kongsi utama di dalam firma saya sendiri berasa agak kuatir apa akan jadi sekiranya pelajar pelajar yang menjalankan praktikal di sesuatu firma tidak sempat menggarap peluang yang ada.

adakah pasti jika mengatakan mereka yang menjalankan praktikal di luar sana semata mata untuk mendapatkan A untuk Latihan Industri anda?

masuk kerja 8.30 pagi dan pulang jam 5.30 punctual?

malah lagi teruk jika yang datang 8.30 pagi tapi mula tugas jam 9.00 pagi.

sememangnya ramai yang beranggapan pelajar praktikal akan di buli oleh pekerja tetap. tapi adakah itu satu trend?atau sememangnya ia satu latihan untuk mereka yang ingin membiasakan diri di dalam persekitaran kerja firma audit.

berkenaan gaji pula, ramai beranggapan kerja di firma audit tidak lah semewah mana tetapi apa yang di janjikan adalah ilmu yang bermanfaat untuk memudahkan pelajar yang sudah bekerja mendapat tempat di industri. tetapi berapa ramai yang sanggup bertahan?setahun paling minima dan hanya segelintir yang akan mengejar cita-cita membuka firma sendiri.

sememangnya menjalankan perniagaan perkhidmatan seperti bidang ini tidak memberikan pulangan yang lumayan. tetapi mengapa saya sendiri masih berdegil untuk mengabdikan diri di dalam bidang ini?

setentunya kerana jika bukan kerana saya dan rakan rakan saya yang lain tidak lah dapat pelajar semua mendapat sentuhan sebagai pekerja firma bumiputra yang masih wujud hingga kini yang mana di pelopori bangsa lain.

jadi di mana kekuatan anda sebagai pelajar perakaunan? adakah anda semua masih tidur dan bangun mengejar kuliah yang penuh dari pagi hingga ke petang?

bagaimana nasib kakak dan abang senior anda yang berada di latihan industri?adakah mereka senang di sana?setentu nya pasti mereka akan menceritakan pada anda. dan yang paling pasti adalah elaun.

sememangnya benar, di dalam kesempitan hidup manusia yang tidak mengenal peringkat umur menyebabkan kita semua lebih mengambil sikap material jika menyelam sambil minum air.apa maksudnya itu?selain dapat menghabiskan latihan praktikal di firma audit atau yang seangkatannya, elaun juga di berikan sebagai perbelanjaan asas yang mungkin tidak banyak tapi sekurang kurang nya ada.

jadi di mana kesediaan anda semua pelajar?adakah anda masih lagi berumbang ambing dengan suasana di institusi pengajian?tanpa memikirkan apa akan anda semua hadapi di dunia pekerjaan nanti.

adakah cukup dengan keputusan peperiksaan yang mampu menambat hati sesiapa yang melihat?

atau pemberi latihan itu sedang memerlukan selain dari apa yang pelajar ada?

jika mengikut trend semasa, tiada majikan yang mahukan ahli di organisasi nya hanya tahu tentang perakaunan semata-mata. seperti di suap dengan ilmu perakaunan. malah ada yang beranggapan lain nya kerja atau praktikal di firma organisasi itu sampai ilmu di institusi pengajian menjadi kosong dan segalanya bermula di organisasi latihan.

keperluan semasa semakin mencabar, dan itu hakikat. semakin luas dunia globalisasi ini sebenarnya semakin menyempit kan pemikiran kita ke atas sifat berjaga-jaga dalam sesuatu perkara. fahami dan fikirkan sedalamnya.

seandainya pelajar tidak bersiap sedia dengan dunia pekerjaan walaupun latihan industri adalah pendedahan awal, harus di ingat, banyak mana yang boleh mereka timba. dan yang paling penting pengurusan masa itu adakah cekap atau sepanjang latihan itu tiada apa manfaat yang di perolehi. hanya di sibukkan dengan mengisi buku laporan sahaja.

pendedahan awal yang harus di mulakan sebenarnya bukan di latihan industri. bagi saya ini kaedah lama.

pendedahan awal yang terbaik adalah bermula dari usaha dan gabungan antara institusi pengajian dan juga badan korporat yang menjalan kan perkhidmatan berkaitan bidang anda.

mungkin boleh di mulakan dengan persatuan perakaunan yang mana anda bertindak sebagai pemudah cara bagi tercapainya matlamat ini.

mana mungkin tidak saya menyatakan sebegini. kerana jika di lihat dalam proses pengembangan kanak kanak, adakah tunggu kanak kanak itu lahir dahulu baru di asuh, atau masih di dalam kandungan lagi? fikir fikirkan dan selamat beramal.

sumber : http://monashis.blogspot.com/2011/09/pelajar-jurusan-perakaunandi-mana.html